Friday, July 17, 2009

Apam Balik


Bahan-bahan :

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning


Bahan taburan :

1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim


Kaedah penyediaan :
1. Mesinkan telur dan gula (guna blender je)
2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu
senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.


Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum
dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan
minyak terlebih dahulu.


(Shiela dapat resipi ni dari e-group Relaxjap...maaf tak pernah cuba lagi ni sebenarnyer..tu yg takder gambar...tapi katanya memang resipi ni boleh buat meniaga laa....cubalah yer, nanti bg feedback kt kita)

No comments:

Post a Comment