Assalamu'alaikum semua,
Resipi Nasi Arab Maqlubah special yummy yummy dan teramat senang dibuat ni Shiela dapat dari guru bahasa arab yang berasal dari Jordan, Ustaz 'Alaa' namanya. Beliau guru bahasa arab Shiela tahun lepas di ARC BBBangi.
Resipi ni memang dah banyak kali Shiela buat & dah jadi menu wajib kat rumah ni seminggu sekali paling tidak mesti ada. Kalau tak, mengidam lah encik suamiku tu, hehhe...
Ni pun dah lama sebenarnya bertangguh-tangguh nak buat entri tentang ni sampailah Cikpuan Yana isteri Tuan Nik Mazli called Shiela pagi tadi nakkan resipi ni jam-jam tu jugak sebab nak mempersembahkan pada kaum kerabat keluarga dia (malam ni kot..). Ok Cikpuan Yana, ini dia resipi itu. Dah masak tu roger Shiela ya, eheh...
Nasi arab ni rasanya lebih kurang sama je dengan nasi kabsah di Saba' tu. Dari pengalaman Shiela sendiri, masak dengan daging kambing jauh lebih lazat dari guna daging ayam. Maka silalah beli daging kambing buat stok banyak-banyak di rumah yer, macam yang Shiela buat. Anytime boleh kenduri gituuu....;)
Jadi, apa lagi jom bercantik-cantik dan masuk dapur. Duduk rumah pun harus sentiasa cantik ya!
NASI ARAB MAQLUBAH
Bahan-bahan untuk nasi :
1 kg - daging kambing (direbus biasa dengan sedikit air guna 'pressure cooker')
4-5 batang - cili hijau (dipotong tidak terlalu nipis)
1-2 paket - rempah beriani Maggi (ada gambar bawah ni nanti, jangan gelabah!)
2 cawan - beras basmathi (selalu guna yang Moghul Faiza Basmathi, basuh dan rendam dalam 15 minit sebelum dimasak)
2 biji kentang - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
2 biji terung - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
Sedikit bunga kobis - dipotong dan digoreng *(optional)
Cara-cara memasak :
- Masukkan air sehingga melepasi lebih kurang 1 inci dari paras daging kambing yang telah direbus empuk dalam periuk tadi
- Masukkan 1-2 paket rempah beriani Maggi, dikacau & masukkan cili hijau yang dah dipotong tadi
- Masukkan garam secukup rasa dan rasa. Masa ni pun dah terbau dan terasa kelazatannya.... oh!
- Sediakan periuk nasi dan susun daging kambing paling bawah sekali beserta kentang, terung & bunga kobis (Shiela jarang letak sayuran ni semua sebab nanti nasi akan jadi sangat berminyak, tu yang tulis optional tu...)
- Masukkan beras dan 4 cawan air rebusan tadi & ready to cook!
- Setelah masak, telangkupkan periuk dalam pinggan atau dulang besar & ready to eat! (Maksud maqlubah itu sendiri ialah 'upside down' maka haruslah menelangkupkannya!)
Masukkan rempah beriani dalam air rebusan kambing |
Rempah nasi goreng beriani ala warung |
Tos dulu sebelum disusun didasar periuk |
Masukkan cili hijau & garam |
Masukkan beras & air rebusan |
Owh! Baunya menusuk kalbu... |
5 batang - cili padi
2 batang - cili merah
2 batang - cili hijau
4 biji - tomato
Sedikit cuka
Garam & gula - secukup rasa
>> Di kisar kesemuanya hingga hancur & ready to eat!
Sambal ni satu kemestian.. lagi terangkat2 pinggan tu utk tambah nasi ;) |
Bahan untuk salad :
Mentimun }
Carrot } dipotong dadu
Tomato }
Bawang besar }
Cili hijau } dipotong kecil
Cili merah }
Sedikit minyak zaitun.
>> Campurkan kesemua bahan di atas dengan minyak zaitun & ready to eat!
Beberapa batang cili hijau - sebagai ulaman dan dimakan mentah
Salad... gambar ehsan dari pakcik google |
Lamb New Zealand ni beli di Taman Sepakat Indah Kajang dekat dengan SS7 BBBangi , tempat ramai pak-pak arab di sana |
Haaa... inilah berasnya |
Periuk memasak nasi, Tefal gitu. Dapat free jer ni coz redeem guna treatspoint. Yang bestnya, nasi tak melekat di dasar periuk... yeay! |
SELAMAT MENCUBA!
Kalau dah cuba tu, sila komen kat entri ni tau, bye...! :)
Tip-tip memasak Nasi Arab Maqlubah :
- Sangat sedap dimakan dengan daging kambing berbanding ayam.
- Daging kambing New Zealand lebih sedap dari kambing Australia.
- Lebih ada ummphh! menggunakan beras basmathi
- Sukatan beras : air adalah (1:2)
- Pastikan ada sambalnya, itulah penyedap rasa penambah selera
- Sangat sedap dimakan dengan daging kambing berbanding ayam.
- Daging kambing New Zealand lebih sedap dari kambing Australia.
- Lebih ada ummphh! menggunakan beras basmathi
- Sukatan beras : air adalah (1:2)
- Pastikan ada sambalnya, itulah penyedap rasa penambah selera