Malam ini ialah malam 29 Ramadhan 1434H. Sememangnya sudah hampir sampai ke penghujung bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Bulan yang sarat dengan janji baroqah dan maghfirah dari ALlah. Tirai tetamu Ramadhan kian hampir berlabuh meninggalkan kita. Namun, dalam sisa-sisa waktu ini marilah kita tetap membasahi lisan dengan selawat, dzikir, doa, tasbih, istighfar, solat sunat dan membaca al-Qur'an. Usah disia-siakan waktu yang berbaki ini (peringatan untuk diri sendiri juga yang sering alpa dan lalai, astaghfirullahal 'adziim...).
.
.
.
.
Baik, entri kali ini Shiela teruja sekali ingin berkongsi resipi kuah kacang yang sering menjadi menu tetap di setiap kali hari raya pertama. Resipi ini ibunda Shiela mendapatnya dari seorang chef di Sarawak sewaktu kami menetap di bumi kenyalang itu suatu waktu dahulu.
Masih Shiela ingat, sewaktu kecil hinggalah awal dewasa dulu kami adik-beradik memang merasakan sinonimnya kuah kacang ini dengan hari raya. Apa tidaknya, setiap kali raya adalah kuah kacang, setiap kali ada kuah kacang ❡mesti hari raya... mesti hari raya...❡.
Cuma yang pasti, resipi kuah kacang ibu Shiela ni memang menjadi sebutanlah. Sesiapa yang merasanya pasti tertawan cuma malu-malu nak minta resipi, heee...
So, apa lagi, jom kita pakai cantik-cantik dan masuk ke dapur dengan anggunnya.
Kuah Kacang (super sedap!)
5 ulas bawang putih }
1 biji bawang besar } dikisar halus
10 biji cili kering (dimasak & dikisar)
2-3 batang serai (dititik)
500 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak sehingga agak perang dan ditumbuk/kisar (tidak terlalu halus)
Sedikit air asam jawa
250-300 ml santan
500 ml air
Gula merah/gula manisan
Garam
Cara membuat :
- Mulakan dengan Bismillah...
- Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan cili kering & serai dan tumis sehingga agak kering (naik minyak).
- Masukkan air dan kacang tanah. Masa ini bau dah mula naik. Oh! Mengancam....
- Masukkan sedikit air asam jawa juga santan dan dikacau sebati (semasa memasukkan bahan-bahan ini sentiasalah berselawat ya, itu juga antara bahan intangible yang besar kesannya)
- Sesuaikan rasa dengan garam dan gula merah secukupnya. Masak hingga menggelegak.
- Sesuaikan juga kepekatan kuah. Sekiranya kelihatan pekat, tambahkan lagi air sedikit-sedikit (sebab kacang akan mengembang bila dimasak)
- Bila sudah selesai, rasa puas hati, tutup api dan boleh angkat!
Tip :
** One comment from my dear hubby. "Before I got married to you, I don't ever taste this kind of wonderful kuah kacang. I think only you can make this delicious gravy of groundnuts in this world. Thank you dear for being my wife & a perfect 'kuah kacang' maker"... heee :)
(Ok bang, sekarang bukan Shiela seorang yang pandai buat kuah kacang sedap ni sebab resipi tu dah ada dalam blog, hehe...)
24 comments:
memang sedap! kita dah cuba dan menjadi! terima kasih Shiela sayang!
Alhamdulillah, Annie dah cuba... yeayy!
Shiela tumpang seronok sebab menjadi. Sama-sama Annie sayang!
Nak Cuba la tuk berbuka n...minta kongsi resepi ye Kak Sheila...;)
As-Salam Mu'alaikum Sheila. Saya Dina tinggal di UK, tgh nak cari resipi kuah kacang untuk rumah terbuka saya pd hari sabtu ni. Resipi Sheila nampak macam sedap skali. Dina teramat skali nak cuba. TQ for posting your resipi.Dina.X
Sudah tentu. Silakan ya...
Wa'alaikumussalam Cikpuan Dina,
Wah! Teruja Shiela jika cikpuan sudi mencubanya.
Alhamdulillah, memang sedap pun ;). In Syaa Allah, Shiela do'akan ianya menjadi hidangan yg enak sekali untuk rumah terbuka cikpuan itu nanti. Aamiin...
Assalamulaikum Kak Sheila..happy sgt sbb husband ckp sedap..first time buat agak risau mulanya kalau husband ckp x sedap sbb husband agak cerewet bab mkn ni.terima kasih ye Kak Sheila untuk resepi ni.
Wa'alaikummussalam Mizrien. Alhamdulillah syukur, seronok sekali K.Shiela mendengarnya. Lain kali, cuba lagi ya... :)
terima kasih.saya dah cuba resepi akak ni....sedap dan memenuhi citarasa seperti zaman kanak2 dulu.
Salam shiela... saya baru lepas buat kuah kacang resipi shiela... khas utk hari raya haji ni...memang sedap! Suami puji u are the best chef hihi...terima kasih shiela atas perkongsian
Alhamdulillah syukur kerana Tuan Hazmi & Cikpuan Su Faz telah mencubanya. Memasak ini menyeronokkan kan? Apatah lagi jika dapat menghidangkannya kepada orang lain. Terima kasih ya...
Assalam...kuah kacang mmg sedap...makan plk dgn rendang,nasik impit...perrhhh...resepi saye tambah daging...potong kecil-kecil...tq..utk resepi ni...
Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe
Jemput ke blog saya
http://norzuryati.blogspot.com
~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..
Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..
alhamdulillah puan, saya mohon copy ya resepinya.tqvm.
Sis,saya pun tgh mencari kuah kacang simple dan sedap..ternmpk resepi sis ni..boleh try mlm ni Sbb Ada Kawan sek nk dtg rmh...hampir 15 tahun tak jumpa ...biar dia ingat kuah ni nt smp bila2...hihihi
MaaSyaaALLah!
Tabaraqallahu minna waminkum semua Cikpuan : Ibu Khalish, Norzuryati, Milla, Farah & Zainab Zainabrahman.
Semoga kita semua masing2 dikurniakan ALLAH baroqah yang berpanjangan. Aamiin...
salam kak. grg kacang tu guna minyak ke or goreng tanpa minyak kak? tq
Goreng tanpa minyak ya
ok kak tq
Alhamdulillah kak...dh siap dh pun kuah kacang...first time buat menjadi...resepi simple tpi sedap sgtttt...tq kak fr sharing
Alhamdulillah. Saya pun tumpang seronok! Kuah kacang ini lebih sedap setelah 2 3 hari. Lebih 'mesra' kacang dan kuahnya. Cuba lagi ya...
Wow...senang rupanya.. Leh try buat ni
▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.
Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
-------------------------------
▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.
▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.
Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
-------------------------------
▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.
Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
------------------------------
▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
------------------------------
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570
Post a Comment