Saturday, August 15, 2015

Creamy Cheese Cake - Best in the world

Assalamu'alaikum semua,

Hai, akhir-akhir ini seronok pula rasanya menulis dan berkongsi disini.

Kali ini keterujaan mengatasi segalanya untuk berkongsi tentang Creamy Cheese Cake yang memang sudah lama Shiela buat untuk jualan (dulu) dan sentiasa menjadi santapan keluarga mahupun tetamu yang dirai.

Resipi ini Shiela dapat dari rakan sejawat Shiela (Puan Noraishiyah) sewaktu menjadi pensyarah Matematik di MFI suatu waktu dahulu. Selepas dapat resipi tu lama juga Shiela peram sebab tak pernah buat Cheese Cake lagi waktu tu. Namun akhirnya ku gagahi jua dan cuba dan cuba lagi sehingga berjaya. Creamy Cheese Cake ini memang amat enak dan rasa seperti aiskrim jika dimakan sejuk. 

Sebab itulah kek ini memang menjadi kegemaran seisi keluarga kami dan juga rakan-rakan rapat yang sudah biasa menikmatinya.

Baik, jom kita membuatnya! Ringkas saja.


CREAMY CHEESE CAKE

500 gm Cream Cheese (Kraft Philadelphia is the best)
¾    cawan gula kastor
4     biji telur
200 ml whipping cream (Rich's dalam gambar di bawah,  Anchor pun boleh)


Serbuk Biskut (biscuit crumbs sebagai tapak/base)
12 - 15 keping biskut Marie / Chipsmore / Tiger (dikisar halus- Shiela campur Chipsmore & Tiger)
2 - 3 sudu besar butter / mentega / marjerin (dicairkan)


Cara membuat Base :

- Baca Bismillahirrahmanirrahim
- Sediakan base nya dahulu iaitu biscuit crumbs campurkan dengan mentega cair. Biarkan ianya agak boleh dibentuk iaitu tidak berderai.
- Masukkan ke dalam loyang (spring form) yang khusus untuk membuat cheese cake dan tekan campuran biskut tersebut dan ratakan hingga padat memenuhi dasar loyang
- Simpan loyang di dalam peti ais agar base tersebut menjadi keras


Cara membuat Creamy Cheese Cake :

- Sediakan cream cheese pada suhu bilik
- Masukkan ke dalam bekas pengadun dan putar perlahan. Kaup balik dan putar lagi hingga semuanya teradun sebati
- Masukkan gula dan adun pada kelajuan sederhana perlahan selama 5 minit (tak mau laju-laju ya!)
- Kaup balik adunan dan putar lagi
- Masukkan telur satu persatu hingga habis dan kaup balik

- Panaskan oven sekarang pada suhu 160ºC dan sediakan air dalam loyang yang berasingan untuk diletakkan dibahagian bawah oven. Air ini bertindak sebagai lembapan agar tekstur kek cantik, tidak kering dan tidak merekah

- Kemudian masukkan whipping cream dan putar lagi dan kaup balik lagi dan putar lagi dan kaup balik lagi
- Masukkan ke dalam loyang yang telah disejukkan tadi dan terus masukkan ke dalam oven pembakar  dan dibakar pada suhu 160ºC selama lebih kurang sejam atau sehingga masak



Ini dia whipping cream tu.
Yang jenama Anchor pun ok

Shiela selalu tapis adunan kek ini agar
ianya halus dan tidak berketul

Siap untuk dibakar

Setelah dibakar.
Haa.. tak merekah pun... yeah!

Ini untuk buat topping
*optional

Tunggu nak dipakaikan baju..


Proses bermula


Sikit jer lagi nak tutup semua


Kek ini anak kawan order.
Itu yang gigih letak topping and deco.
Kalau untuk makan sendiri, letak
blueberry jer kat atas.
Simple & Nice.