Bismillahirrahmanirahhim...
Assalamu'alaikum ya habibati,
Diam tak diam hari ini dah pun hari yang ke 17 kita semua berpuasa dalam tahun 1434 hijrah ini. Astaghfirullah... begitu cepatnya masa berlalu kan? Walaupun begitu, amatlah disarankan sekali untuk kita memanfaatkan setiap detik masa yang kita ada ini untuk berzikir, memohon ampun dan mendekatkan diri kepada ALlah Azzawajalla.
Bukanlah aktiviti 'ibadah itu dengan hanya duduk di atas sejadah, membaca Qur'an dan berwirid sahaja. Malah dalam setiap aktiviti harian kita yang diniatkan keranaNYA dan dimulakan dengan menyebut namaNYA adalah dikira 'ibadah. Sungguh mudah untuk kita semua mengumpul pahala kan? Namun, sudah tentu dalam bulan inilah kita seharusnya melipatgandakan ibadah lantaran ganjaran pahala yang dijanjikan ALlah untuk kita. (Alhamdulillah kita dijadikan sebagai seorang muslim :).
Apatah lagi kita sebagai ibu yang menyediakan juadah dan hidangan berbuka, basahkanlah lisan kita sepanjang menyediakan hidangan untuk keluarga tercinta. Hasilnya adalah lebih berkat In Syaa ALlah dan ikatan kekeluargaan bertambah rapat. Sememangnya itu yang kita semua harapkan kan?
Ok, di kesempatan ini Shiela mahu berkongsi resipi dadih yang sedap lemak dan tak jemu-jemu disantap. Resipi ini Shiela dapat dari kakak ipar Shiela dan kurang pasti pula dia dapat dari mana. Jadi maafkanlah Shiela ya jika resipi asal ini ada terdapat di mana-mana blog tuan empunyanya.
Resipi ini memang sedap untuk buat makan sendiri atau pun jika nak dibuat berniaga. Cuma ianya melibatkan bahan yang agak banyak namun dari segi rasa, yang ini memang lebih ummpphh!!
Jadi apa tunggu lagi, jom kita ke dapur!
# Pesanan penaja : Sebelum beraksi di dapur, vogue kan diri kita dulu ya... (sedikit celak, bedak tipis, sedikit gincu dan bayangkan diri anda dalam sebuah rancangan masakan). Maka lebih bersemangat untuk menghasilkan hidangan terbaik dan jika Encik Suami balik sebentar lagi tidaklah kelam kabut masuk bilik nak berhias diri ;))
Dadih Sedap I
Air 7.75 liter
Susu segar 1 liter (1 kotak)
Susu tepung 3 senduk (~ 100 gm)
Susu pekat manis 3 tin
Tepung jagung 2 tbsp
Gula 7 tbsp
Garam 2 sudu
Agar-agar 45 gm (2 paket - dibasuh dan di tos)
Esen vanila 4 tbsp
Daun pandan
Pes perisa yang disukai
Cara membuat :
- Baca Bismillah dulu ya...
- Masak air terlebih dahulu dalam periuk yang besar (bancuh susu tepung dengan sedikit dari air panas ini juga)
- Bila air telah panas, masukkan agar-agar tadi.
- Setelah agar-agar hampir larut kesemuanya, masukkan gula, susu segar, susu pekat manis, bancuhan susu tepung, gula, garam, vanila dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau kesemuanya sebati hingga menggelegak.
- Bahagi bancuhan kepada beberapa perisa yang diinginkan.
- Tapis bancuhan sebelum di masukkan ke dalam bekas.
- Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais atau boleh saja terus di ngap, tiada masalah... ;))
- Selamat menikmatinya!
Cara membuat :
- Baca Bismillah dulu ya...
- Masak air terlebih dahulu dalam periuk yang besar (bancuh susu tepung dengan sedikit dari air panas ini juga)
- Bila air telah panas, masukkan agar-agar tadi.
- Setelah agar-agar hampir larut kesemuanya, masukkan gula, susu segar, susu pekat manis, bancuhan susu tepung, gula, garam, vanila dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau kesemuanya sebati hingga menggelegak.
- Bahagi bancuhan kepada beberapa perisa yang diinginkan.
- Tapis bancuhan sebelum di masukkan ke dalam bekas.
- Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais atau boleh saja terus di ngap, tiada masalah... ;))
- Selamat menikmatinya!
Ini yang baru siap petang tadi. Perisa jagung dan milo. |
Beratur menunggu sejuk... :) |
Ok, sudah cukup 4 perisa. Jagung, milo, strawberi & pandan. |
Haa dah siap di pek pun... Sekejap lagi tunggu kawan datang ambil, dia nak jual di bazar ramadhan & juga untuk tajaan berbuka puasa anak-anak yatim :) |
Tip membuat dadih :
- Satu adunan ini dapat dalam lebih kurang 53 bekas.
- Harus sentiasa dikacau semasa dimasak bagi mengelakkan ianya berkerak di dasar periuk.
- Selamat mencuba!
5 comments:
salam, perisa utk dadih tu, cmana ye?
salam akak yg cantekkk. hehe. dadih tu nmpak sedap btol. tp kak, dadih ni perlu simpan dlm peti x sbnarnye, or kita just boleh biarkn dia sejuk camtu je kt luar utk dia jd keras?
Assalamu'alaikum,
Ran : Ada berbagai perisa boleh dibeli di kedai jual bahan bakeri.
Fakhrul : Alhamdulillah memang sedap. Biarkan sahaja ianya diluar pada suhu bilik. Namun ianya sangat sedap dimakan sejuk.
salam kak,
nak tanya akak guna pes perisa dadih tu jenama apa?
baru saya tau kt kedai bakery ada jual..kt kedai biasa tk bnyk perisa...kdang2 ada satu dua jer perisa..tq
Post a Comment