Friday, July 5, 2013

Yoghurt Cupcakes

Assalamu'alaikum semua,

Di sini Shiela nak kongsi satu resipi cupcake yang selalu dibuat tiap kali diminta oleh anak-anak, untuk majlis hari jadi, sebagai buah tangan dan juga untuk merai tetamu. Cupcake ini memang sangat enak dan lemak rasanya, lembut serta gebu teksturnya (sampai setiap kali  orang merasanya mesti minta resipi... hehe)

Dalam membuat cupcake ini, Shiela tidak terlalu memberi penekanan tentang dekonya. Jika diminta oleh rakan-rakan atau pelanggan barulah ada hiasan minimal yang dihias di atasnya. Bukan apa, kebanyakan orang tidak suka makan krim hiasan walau secantik mana pun hiasan tersebut. Cuma kebanyakan, bukan semua (jangan marah Shiela ya... ;). 

Jadi apalagi, kalau nak merasa cupcake enak lembut gebu sampai makan banyak tak ingat berapa ketul dah, salinlah resipi di bawah ini ya ;)


YOGHURT CUPCAKES

Bahan-bahan :
250 gm  butter  (guna salted Anchor butter, lagi sedap)
200 gm  gula halus
5 biji       telur ayam (saiz sederhana, asingkan putih dan kuning telur)

240 gm   tepung naik sendiri 
50 ml      susu segar

7 tbsp     yoghurt (sebaiknya Nestle plain yoghurt)

Putih telur  (dipukul hingga kembang gebu)


Cara membuat :

- Mulakan dengan Bismillah ya...

- Sediakan butter pada suhu bilik. Pukul butter dan gula pada kelajuan tinggi selama 5 minit.

- Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul pada kelajuan sederhana.

- Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang dengan susu dan dipukul dengan kelajuan yang rendah.

- Masukkan yoghurt sedikit demi sedikit sehingga habis juga dengan kelajuan yang rendah.

- Akhir sekali, masukkan putih telur yang telah dipukul kembang. Gunakan senduk kayu dan   dikacau dalam arah yang sama melawan arah jam.

- Skup adunan sebanyak  ¾ paper cup.

- Bakar pada suhu 175°C sehingga masak.


Tengoklah tu... Gebunya!
menggunung naik

Kalau buat cupcake ni memang berbaloi,
seorang makan sampai 5 6 biji...!

Oh! Yang dah masak ini lagi
extra gebu.. huuu, sedapnyer!

Pandanglah lihatlah...
kegebuan saya

Mamma mia!
Time ni kena nyanyi lagu ABBA.. heheh

Merekah-rekah gitu kaannn...


Haa.. yang ini chocolate flavour,
pun sangat sedap!




Maka, harus ingat tip-tip membuat cupcake ini.

- Mesti guna tepung naik sendiri (Shiela dah cuba buat 'tepung naik sendiri' sendiri, tapi hasilnya kureng...!)

- Mesti asingkan putih dan kuning telurnya ya...

- Masukkan 7 sudu besar Nestle plain yoghurt (Shiela dah cuba yoghurt lain, hasilnya tidak segebu yang ini)

- Guna butter Anchor yang salted ya buk...

- Satu tips yang tidak pernah Shiela lupa semasa memasak ialah setiap kali memasukkan sesuatu, amalkanlah membaca selawat ke atas Baginda Rasululullah S.A.W serta beristigfar. SubhanALlah, masakan kita sangat sedap laa... menjadi laa... (bagi lenggok arab sikit) wa laziz jiddan! 

- Selamat mencuba!

No comments: