Assalamu'alaikum semua pembaca,
Alhamdulillah hari ini Shiela berjaya mengatasi kemalasan melanda untuk update blog bersawang ini. In Syaa ALlah, selepas ini Shiela akan lebih istiqamah untuk berkongsi resipi-resipi menarik, ringkas, sedap dan berkhasiat.
Baik, kali ini mahu berkongsi tentang Bingka Ubi Kayu. Oh!, kalau ternampak dijual kat mana-mana, memang Shiela tak pernah lepas peluang untuk membelinya. Sungguh menggamit deria rasaku. Dah tahu macam tu jawapnya memang kena tahu buatlah kan?
Ini kali kedua dengan resipi yang berlainan yang Shiela cuba buat sendiri. Alhamdulillah, it turned out pretty well! Memang sedap. Kenyal lembut, manisnya sedang-sedang dan sangat sesuai untuk minum petang. Nak bagi pada jiran sebelah pun, memang banggalah! Maka, sila jangan riak ya... ;)
Jadi, apa lagi cikpuan sekalian. Jom kita bercantik-cantik dan menuju ke dapur ;)
BINGKA UBI KAYU
4 1/2 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula (*just nice... jika mahu, boleh tambah lagi sesuai rasa)
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit mentega (untuk disapu ke atas loyang)
Cara membuatnya :
** Baca Bismillah dulu...
1. Ubi kayu yang telah diparut ditapis agar airnya keluar. Namun sagunya yang berwarna putih diambil dan dicampur semula ke dalam parutan ubi tadi.
2. Campurkan gula ke dalam parutan ubi dan kacau.
3. Masukkan sedikit garam dan pewarna kuning ke dalam santan. Kacau sebati dan dicampurkan ke dalam parutan ubi tadi. Kacau dan gaul dan kacau. Arah lawan jam yang cikpuan...
Panaskan ketuhar. Sapukan mentega ke atas loyang dan panaskan ke dalam ketuhar sebentar.
Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar selama sejam lebih pada suhu 200 C dengan api atas bawah.
Bahan-bahan |
Tunggu nak masuk oven |
Dah masak! |
Dah sejuk baru potong. Sedap! |
Selamat mencuba!