Monday, July 27, 2015

Air Nabeez dan khasiatnya

Assalamu'alaikum semua pembaca,

Shiela pasti saat ini masing-masing mula kembali kepada rutin kehidupan yang biasa kita jalani setelah pulang berhari raya di kampung halaman minggu lepas. 

Alhamdulillah atas segala hal yang telah dipermudahkan ALlah dan tetap bersyukur atas segala musibah yang tertimpa ke atas kita. InSyaaALlah, dengan musibah tersebut sebenarnya adalah satu peringatan kecil agar kita menjadi hambaNYA yang sentiasa berlapang dada dan hati kembali menjadi tenang dengan mengingatiNYA, Aamiin...

Baik, entri kali ini Shiela mahu berkongsi tentang Air Nabeez. MaaSyaaALlah! Tiada apa lagi yang boleh dikatakan melainkan ianya SUPERB! 

Saat entri ini ditulis, Shiela sudah mengamalkan minum Air Nabeez ini sebanyak dua kali sebelum tidur dan minum pula keesokan paginya. Mahu tahu apa yang Shiela rasakan?

- Bangun pagi rasa bertenaga dan ceria bersemangat
- Badan rasa ringan
- Lawas buang air kecil dan besar
- Perut terasa kempis      << yang ini kaum wanita suka kan? ;)

Maka sangat bagus untuk diamalkan minum air ini sepanjang masa apatah lagi di musim perayaan ini setelah sering makan daging yang mengambil masa untuk dicernakan.




Rendam 3 biji kurma
dalam segelas air putih



Khasiat Buah Kurma

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Baginda Rasullah S.A.W. ini.



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: 
“Berilah makan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Nabi Muhammad SAW juga bersabda: 
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.


Apa itu Air Nabeez?


Air Nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma atau kismis. Kurma atau kismis direndam dalam air putih semalaman antara 8 - 12 jam di dalam bekas yang tertutup dan diminum keesokan paginya.

Ada sumber mengatakan Air Nabeez ini merupakan minuman kegemaran Baginda Rasulullah S.A.W.. 

Beberapa biji kurma atau kismis dalam bilangan ganjil direndam didalam air untuk semalaman dan diminum air rendaman tersebut di waktu pagi keesokannya. 

Manakala jika rendaman dibuat di waktu pagi maka ianya boleh diminum di malam hari sebelum tidur.

Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut itu dimakan sekali.


Khasiat Air Nabeez

Air Nabeez adalah minuman beralkali yang boleh mengeluarkan lebihan asid dalam perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Ianya juga bertindak sebagai detoks kerana dapat membantu untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh.

Air Nabeez ini mampu membantu proses pencernaan dengan baik kerana ianya tinggi kadar fibernya serta berupaya juga meningkatkan dan menajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa.

Dari segi kesihatan, buah kurma telah terbukti sebagai :
- Pemberi tenaga segera
- Tinggi kandungan fiber (bagus untuk atasi sembelit dan menyingkirkan kolesterol jahat)
- Kaya dengan zat besi
- Kaya dengan Potassium (untuk menjaga jantung dan menstabilkan darah)



Pantang Larang dalam membuat Air Nabeez 

Rendam salah satu daripada kedua-dua buah samada kurma atau kismis pada satu-satu masa. Tidak boleh dicampurkan antara kurma dan kismis dalam menyediakan Air Nabeez ini. 

Air Nabeez ini adalah BAIK diminum antara 8 - 12 jam dan setelah itu dimasukkan ke dalam peti ais untuk satu ke dua hari namun DILARANG untuk meminum air yang sudah memasuki tiga hari atau lebih.

Ini disebabkan telah terjadi proses fermentasi pada air rendaman kurma atau kismis yang dibiarkan melebihi 3 hari yang menyebabkan air rendaman tersebut menjadi arak dan ianya haram untuk diminum. 

Atas sebab itu, adalah disarankan membuat air Nabeez yang segar setiap hari.


** Masyarakat Turki membuat air ini dengan merendam kurma dengan susu. 
   Jom kita cuba!


Sumber : Internet


Sunday, July 5, 2015

Gulai Lemak Telur Itik

Assalamu'alaikum semua,

Kali ini Shiela mahu berkongsi tentang resepi Gulai Lemak Telur Itik. MaaSyaaALlah! Sedapnya lauk ini kan? Setiap kali kalau pergi makan di restoran yang ada menyajikan hidangan ini, memang Shiela tidak pernah lepas peluang untuk mencuba keenakan gulai lemak ini. 

Ok. Jadi, apa kata kita cuba sendiri resepi ini di rumah. Lagi jimat dan lagi ramai ahli keluarga kita dapat menikmati juadah yang InSyaaALlah baroqah yang kita semua sajikan dengan kasih sayang dan bacaan do'a, apatah lagi dari air tangan seorang isteri dan ibu.

Jom, kita masuk ke dapur dengan anggunnya ;)



Gulai Lemak Telur Itik

Bahan-bahan :

5 Biji Telur Itik

2 biji Cili Merah                   }
3 biji Bawang Merah           }
Sedikit Kunyit  - ½ inci        }   di kisar
Sedikit Lengkuas - ½ inci    }
Sedikit cili api  *optional      }

1 cawan air
Santan secukupnya
Daun Kunyit


Cara membuatnya :

1. Masukkan bahan kisar ke dalam secawan air dan panaskan dalam periuk (seperti dalam gambar 1)

2. Pecahkan satu persatu telur itik tersebut

3. Kacau perlahan supaya telur tidak pecah dan tidak melekat di dasar periuk.

4. Kaup balikkan telur supaya ianya memejal dengan sekata

5. Setelah telur memejal, baru masukkan santan dan daun kunyit 

6. Masukkan garam sesuai rasa dan masak hingga menggelegak


Telur dipecahkan dalam
campuran air dan bahan kisar 


Setelah telur memejal, 
baru dimasukkan santan


Masukkan daun kunyit
dan garam



Kacau dan kaup balik perlahan 
agar telur tidak pecah



Tip :
- Untuk mengelakkan telur pecah, masukkan telur ke dalam campuran bahan kisar dan air sahaja dahulu tanpa santan. 


Selamat mencuba! Memang sedap apatah lagi bila dimakan dengan budu atau sambal belacan berserta ulam-ulaman.