Sunday, July 5, 2015

Gulai Lemak Telur Itik

Assalamu'alaikum semua,

Kali ini Shiela mahu berkongsi tentang resepi Gulai Lemak Telur Itik. MaaSyaaALlah! Sedapnya lauk ini kan? Setiap kali kalau pergi makan di restoran yang ada menyajikan hidangan ini, memang Shiela tidak pernah lepas peluang untuk mencuba keenakan gulai lemak ini. 

Ok. Jadi, apa kata kita cuba sendiri resepi ini di rumah. Lagi jimat dan lagi ramai ahli keluarga kita dapat menikmati juadah yang InSyaaALlah baroqah yang kita semua sajikan dengan kasih sayang dan bacaan do'a, apatah lagi dari air tangan seorang isteri dan ibu.

Jom, kita masuk ke dapur dengan anggunnya ;)



Gulai Lemak Telur Itik

Bahan-bahan :

5 Biji Telur Itik

2 biji Cili Merah                   }
3 biji Bawang Merah           }
Sedikit Kunyit  - ½ inci        }   di kisar
Sedikit Lengkuas - ½ inci    }
Sedikit cili api  *optional      }

1 cawan air
Santan secukupnya
Daun Kunyit


Cara membuatnya :

1. Masukkan bahan kisar ke dalam secawan air dan panaskan dalam periuk (seperti dalam gambar 1)

2. Pecahkan satu persatu telur itik tersebut

3. Kacau perlahan supaya telur tidak pecah dan tidak melekat di dasar periuk.

4. Kaup balikkan telur supaya ianya memejal dengan sekata

5. Setelah telur memejal, baru masukkan santan dan daun kunyit 

6. Masukkan garam sesuai rasa dan masak hingga menggelegak


Telur dipecahkan dalam
campuran air dan bahan kisar 


Setelah telur memejal, 
baru dimasukkan santan


Masukkan daun kunyit
dan garam



Kacau dan kaup balik perlahan 
agar telur tidak pecah



Tip :
- Untuk mengelakkan telur pecah, masukkan telur ke dalam campuran bahan kisar dan air sahaja dahulu tanpa santan. 


Selamat mencuba! Memang sedap apatah lagi bila dimakan dengan budu atau sambal belacan berserta ulam-ulaman.