Ha... kali ni kita buat mushroom soup ala-ala pizza hut nak?. Memang mengancam habis you... kalau rasa teringin nak makan creamy mushroom soup tu tak yah pegi pizza hut dah, buat jer lagi puas hati satu famili boleh hentam cukup-cukup. Ok jom kita masuk dapur...!
Bahan-bahan
1 keping dada ayam (potong kecil)
1500 ml air
500 ml susu segar (susu dalam kotak tu..)
1 ketul kiub ayam
½ tin cendawan butang (dihiris kecil)
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
➳ Cara :
- Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus hingga masak
- Masukkan susu segar dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan cendawan
- Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan Siap!
Woww... marvellous! (Resipi dapat dari myresipi!)
Gambar akan di upload kemudian...
No comments:
Post a Comment