Monday, September 28, 2015

Susu Kambing HIRAQ

Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah! Tahun ini sudah tahun ke 8 Shiela bersama Hiraq Marketing. Walaupun akhir-akhir ini Shiela agak kurang aktif dalam memasarkan produk Hiraq ini namun satu produk yang kami sekeluarga tidak pernah abaikan ialah Susu Kambing Hiraq. 

Meminum Susu Kambing Hiraq ini adalah satu kemestian setiap hari. Seakan sudah menjadi satu minuman wajib setiap pagi dan kadangkala petang. Alhamdulillah, ianya menjadi kegemaran seisi keluarga. Sebab apa? Sebab ianya sedap dan tidak berbau hamis langsung malah menjadikan perut seakan kenyang sehingga ke tengahari. 


Beberapa keistimewaan Susu Kambing Hiraq adalah : 
  • Tinggi kalsium yang sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak dan orang dewasa
  • Dapat mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit
  • Menguatkan sistem imunisasi badan 
  • Kaya dengan protein, enzim serta vitamin A yang sangat penting untuk kesihatan
  • Sangat disyorkan kepada golongan yang alah kepada susu lembu


 Bagaimana cara meminumnya?
  • Bancuh sepaket susu kambing Hiraq kedalam satu cawan (200 ml) air suam/panas 
  • Boleh ditambah Milo/koko/nescafe ke dalam susu kambing platinum (plain)
  • Disyorkan pengambilan 1 - 2 kali sehari
  • Boleh ditambah Stevia jika mahu sedikit manis


Susu kambing asli (plain) yang menjadi kegemaran
seisi keluarga. Sentiasa menjadi pilihan
untuk anak2 bawa ke asrama


RM 20.70 (10 paket x 21 gm)

Ramai yang sukakan rasanya yang lazat
sehingga order berbungkus2 untuk
simpanan stok di rumah


RM31.70 (20 paket x 21 gm)

Rasai teh tarik yang lazat
dengan aroma yang menyegarkan.
Tambah Stevia... ummpphh! 


RM 31.70 (20 paket x 21 gm)


Tiga perasa Susu Kambing HIRAQ 
Cappucino - Teh Tarik - Asli 

Pengasas Produk Hiraq Makanan Sunnah
Puan Raja Mazian Raja Mohamed
Bekas Personaliti TV3

Stevia yang digunakan.
Bagus untuk mengekalkan
berat badan ideal.

RM 50 sebotol.
Sungguh menjimatkan!



Jika mahu mencuba produk Susu Kambing Hiraq ini, boleh hubungi Shiela. 
SMS / WhatsApp : 019 - 355 3032


Saturday, August 15, 2015

Creamy Cheese Cake - Best in the world

Assalamu'alaikum semua,

Hai, akhir-akhir ini seronok pula rasanya menulis dan berkongsi disini.

Kali ini keterujaan mengatasi segalanya untuk berkongsi tentang Creamy Cheese Cake yang memang sudah lama Shiela buat untuk jualan (dulu) dan sentiasa menjadi santapan keluarga mahupun tetamu yang dirai.

Resipi ini Shiela dapat dari rakan sejawat Shiela (Puan Noraishiyah) sewaktu menjadi pensyarah Matematik di MFI suatu waktu dahulu. Selepas dapat resipi tu lama juga Shiela peram sebab tak pernah buat Cheese Cake lagi waktu tu. Namun akhirnya ku gagahi jua dan cuba dan cuba lagi sehingga berjaya. Creamy Cheese Cake ini memang amat enak dan rasa seperti aiskrim jika dimakan sejuk. 

Sebab itulah kek ini memang menjadi kegemaran seisi keluarga kami dan juga rakan-rakan rapat yang sudah biasa menikmatinya.

Baik, jom kita membuatnya! Ringkas saja.


CREAMY CHEESE CAKE

500 gm Cream Cheese (Kraft Philadelphia is the best)
¾    cawan gula kastor
4     biji telur
200 ml whipping cream (Rich's dalam gambar di bawah,  Anchor pun boleh)


Serbuk Biskut (biscuit crumbs sebagai tapak/base)
12 - 15 keping biskut Marie / Chipsmore / Tiger (dikisar halus- Shiela campur Chipsmore & Tiger)
2 - 3 sudu besar butter / mentega / marjerin (dicairkan)


Cara membuat Base :

- Baca Bismillahirrahmanirrahim
- Sediakan base nya dahulu iaitu biscuit crumbs campurkan dengan mentega cair. Biarkan ianya agak boleh dibentuk iaitu tidak berderai.
- Masukkan ke dalam loyang (spring form) yang khusus untuk membuat cheese cake dan tekan campuran biskut tersebut dan ratakan hingga padat memenuhi dasar loyang
- Simpan loyang di dalam peti ais agar base tersebut menjadi keras


Cara membuat Creamy Cheese Cake :

- Sediakan cream cheese pada suhu bilik
- Masukkan ke dalam bekas pengadun dan putar perlahan. Kaup balik dan putar lagi hingga semuanya teradun sebati
- Masukkan gula dan adun pada kelajuan sederhana perlahan selama 5 minit (tak mau laju-laju ya!)
- Kaup balik adunan dan putar lagi
- Masukkan telur satu persatu hingga habis dan kaup balik

- Panaskan oven sekarang pada suhu 160ºC dan sediakan air dalam loyang yang berasingan untuk diletakkan dibahagian bawah oven. Air ini bertindak sebagai lembapan agar tekstur kek cantik, tidak kering dan tidak merekah

- Kemudian masukkan whipping cream dan putar lagi dan kaup balik lagi dan putar lagi dan kaup balik lagi
- Masukkan ke dalam loyang yang telah disejukkan tadi dan terus masukkan ke dalam oven pembakar  dan dibakar pada suhu 160ºC selama lebih kurang sejam atau sehingga masak



Ini dia whipping cream tu.
Yang jenama Anchor pun ok

Shiela selalu tapis adunan kek ini agar
ianya halus dan tidak berketul

Siap untuk dibakar

Setelah dibakar.
Haa.. tak merekah pun... yeah!

Ini untuk buat topping
*optional

Tunggu nak dipakaikan baju..


Proses bermula


Sikit jer lagi nak tutup semua


Kek ini anak kawan order.
Itu yang gigih letak topping and deco.
Kalau untuk makan sendiri, letak
blueberry jer kat atas.
Simple & Nice.