Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Monday, July 27, 2015

Air Nabeez dan khasiatnya

Assalamu'alaikum semua pembaca,

Shiela pasti saat ini masing-masing mula kembali kepada rutin kehidupan yang biasa kita jalani setelah pulang berhari raya di kampung halaman minggu lepas. 

Alhamdulillah atas segala hal yang telah dipermudahkan ALlah dan tetap bersyukur atas segala musibah yang tertimpa ke atas kita. InSyaaALlah, dengan musibah tersebut sebenarnya adalah satu peringatan kecil agar kita menjadi hambaNYA yang sentiasa berlapang dada dan hati kembali menjadi tenang dengan mengingatiNYA, Aamiin...

Baik, entri kali ini Shiela mahu berkongsi tentang Air Nabeez. MaaSyaaALlah! Tiada apa lagi yang boleh dikatakan melainkan ianya SUPERB! 

Saat entri ini ditulis, Shiela sudah mengamalkan minum Air Nabeez ini sebanyak dua kali sebelum tidur dan minum pula keesokan paginya. Mahu tahu apa yang Shiela rasakan?

- Bangun pagi rasa bertenaga dan ceria bersemangat
- Badan rasa ringan
- Lawas buang air kecil dan besar
- Perut terasa kempis      << yang ini kaum wanita suka kan? ;)

Maka sangat bagus untuk diamalkan minum air ini sepanjang masa apatah lagi di musim perayaan ini setelah sering makan daging yang mengambil masa untuk dicernakan.




Rendam 3 biji kurma
dalam segelas air putih



Khasiat Buah Kurma

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Baginda Rasullah S.A.W. ini.



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: 
“Berilah makan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Nabi Muhammad SAW juga bersabda: 
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.


Apa itu Air Nabeez?


Air Nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma atau kismis. Kurma atau kismis direndam dalam air putih semalaman antara 8 - 12 jam di dalam bekas yang tertutup dan diminum keesokan paginya.

Ada sumber mengatakan Air Nabeez ini merupakan minuman kegemaran Baginda Rasulullah S.A.W.. 

Beberapa biji kurma atau kismis dalam bilangan ganjil direndam didalam air untuk semalaman dan diminum air rendaman tersebut di waktu pagi keesokannya. 

Manakala jika rendaman dibuat di waktu pagi maka ianya boleh diminum di malam hari sebelum tidur.

Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut itu dimakan sekali.


Khasiat Air Nabeez

Air Nabeez adalah minuman beralkali yang boleh mengeluarkan lebihan asid dalam perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Ianya juga bertindak sebagai detoks kerana dapat membantu untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh.

Air Nabeez ini mampu membantu proses pencernaan dengan baik kerana ianya tinggi kadar fibernya serta berupaya juga meningkatkan dan menajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa.

Dari segi kesihatan, buah kurma telah terbukti sebagai :
- Pemberi tenaga segera
- Tinggi kandungan fiber (bagus untuk atasi sembelit dan menyingkirkan kolesterol jahat)
- Kaya dengan zat besi
- Kaya dengan Potassium (untuk menjaga jantung dan menstabilkan darah)



Pantang Larang dalam membuat Air Nabeez 

Rendam salah satu daripada kedua-dua buah samada kurma atau kismis pada satu-satu masa. Tidak boleh dicampurkan antara kurma dan kismis dalam menyediakan Air Nabeez ini. 

Air Nabeez ini adalah BAIK diminum antara 8 - 12 jam dan setelah itu dimasukkan ke dalam peti ais untuk satu ke dua hari namun DILARANG untuk meminum air yang sudah memasuki tiga hari atau lebih.

Ini disebabkan telah terjadi proses fermentasi pada air rendaman kurma atau kismis yang dibiarkan melebihi 3 hari yang menyebabkan air rendaman tersebut menjadi arak dan ianya haram untuk diminum. 

Atas sebab itu, adalah disarankan membuat air Nabeez yang segar setiap hari.


** Masyarakat Turki membuat air ini dengan merendam kurma dengan susu. 
   Jom kita cuba!


Sumber : Internet


Saturday, June 27, 2015

Petua Nenek Moyang...

Assalamu'alaikum,

Petua-petua di bawah ini adalah petua turun temurun yang diceritakan dan diamalkan oleh rakan-rakan yang kemudian dikumpul supaya senang untuk rujukan kemudian hari. 

Mungkin ada yang pernah mengamalkannya. Apa salahnya kita berkongsi. Sebelum  diteruskan, ada satu pesanan. Kalau tidak yakin, jangan ikut. 


Petua-petua ini tidak mendapat pengiktirafan dari badan-badan kecantikan dunia. Hanya mendapat ‘pengiktirafan’ dari nenek moyang sahaja. Amalkan di bawah risiko anda sendiri. 


Kurangkan peluh di wajah 
Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri. 






Buah pinang atasi kegemukan 
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya.. Buah pinang muda yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya. 






Melembabkan wajah 
Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Pupuk perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapat melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda. 







Nenas putihkan kulit 
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (empulur) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri. 






Rambut selembut sutera 
Untuk memperolehi rambut selembut sutera serta mudah disisir, amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. 

Keesokan harinya syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga kering lalu dirapikan dengan menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun. Jika anda berambut lurus, anda boleh menyikat terus rambut anda sebaliknya bagi anda yang berambut kerinting biarkan seketika barulah disikat agar rambut tidak terputus dan bercabang.







Hilangkan bulu ketiak 
Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus. Campurkan sedikit minyak tanah lalu disapukan pada bahagian ketiak. Lakukan beberapa kali. Insya-Allah, bulu ketiak akan hilang selepas mengulanginya beberapa kali. 








Kulit cantik dan putih..... 
Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke salun kecantikan. 

Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya mengisarkan 
- 1 cawan kelopak bunga mawar, 
- 1 cawan kelopak bunga melur, 
- 1/2 cawan oatmeal, 
- 1 cawan susu putih, dan 
- 1/2 cawan badam sehingga halus. 

Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam. Wallahualam. 













(Petua2 adalah sumbangan Lelaki Perkasa : Relexjap) ;-

Thursday, February 5, 2015

Petua Nasi Lambat Basi

Bagi mengelakkan nasi cepat basi, ketika ia ditanak masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih dan secubit garam halus. 

Basuh beras hingga kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa. 



Sumber : BH