Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Saturday, August 15, 2015

Creamy Cheese Cake - Best in the world

Assalamu'alaikum semua,

Hai, akhir-akhir ini seronok pula rasanya menulis dan berkongsi disini.

Kali ini keterujaan mengatasi segalanya untuk berkongsi tentang Creamy Cheese Cake yang memang sudah lama Shiela buat untuk jualan (dulu) dan sentiasa menjadi santapan keluarga mahupun tetamu yang dirai.

Resipi ini Shiela dapat dari rakan sejawat Shiela (Puan Noraishiyah) sewaktu menjadi pensyarah Matematik di MFI suatu waktu dahulu. Selepas dapat resipi tu lama juga Shiela peram sebab tak pernah buat Cheese Cake lagi waktu tu. Namun akhirnya ku gagahi jua dan cuba dan cuba lagi sehingga berjaya. Creamy Cheese Cake ini memang amat enak dan rasa seperti aiskrim jika dimakan sejuk. 

Sebab itulah kek ini memang menjadi kegemaran seisi keluarga kami dan juga rakan-rakan rapat yang sudah biasa menikmatinya.

Baik, jom kita membuatnya! Ringkas saja.


CREAMY CHEESE CAKE

500 gm Cream Cheese (Kraft Philadelphia is the best)
¾    cawan gula kastor
4     biji telur
200 ml whipping cream (Rich's dalam gambar di bawah,  Anchor pun boleh)


Serbuk Biskut (biscuit crumbs sebagai tapak/base)
12 - 15 keping biskut Marie / Chipsmore / Tiger (dikisar halus- Shiela campur Chipsmore & Tiger)
2 - 3 sudu besar butter / mentega / marjerin (dicairkan)


Cara membuat Base :

- Baca Bismillahirrahmanirrahim
- Sediakan base nya dahulu iaitu biscuit crumbs campurkan dengan mentega cair. Biarkan ianya agak boleh dibentuk iaitu tidak berderai.
- Masukkan ke dalam loyang (spring form) yang khusus untuk membuat cheese cake dan tekan campuran biskut tersebut dan ratakan hingga padat memenuhi dasar loyang
- Simpan loyang di dalam peti ais agar base tersebut menjadi keras


Cara membuat Creamy Cheese Cake :

- Sediakan cream cheese pada suhu bilik
- Masukkan ke dalam bekas pengadun dan putar perlahan. Kaup balik dan putar lagi hingga semuanya teradun sebati
- Masukkan gula dan adun pada kelajuan sederhana perlahan selama 5 minit (tak mau laju-laju ya!)
- Kaup balik adunan dan putar lagi
- Masukkan telur satu persatu hingga habis dan kaup balik

- Panaskan oven sekarang pada suhu 160ºC dan sediakan air dalam loyang yang berasingan untuk diletakkan dibahagian bawah oven. Air ini bertindak sebagai lembapan agar tekstur kek cantik, tidak kering dan tidak merekah

- Kemudian masukkan whipping cream dan putar lagi dan kaup balik lagi dan putar lagi dan kaup balik lagi
- Masukkan ke dalam loyang yang telah disejukkan tadi dan terus masukkan ke dalam oven pembakar  dan dibakar pada suhu 160ºC selama lebih kurang sejam atau sehingga masak



Ini dia whipping cream tu.
Yang jenama Anchor pun ok

Shiela selalu tapis adunan kek ini agar
ianya halus dan tidak berketul

Siap untuk dibakar

Setelah dibakar.
Haa.. tak merekah pun... yeah!

Ini untuk buat topping
*optional

Tunggu nak dipakaikan baju..


Proses bermula


Sikit jer lagi nak tutup semua


Kek ini anak kawan order.
Itu yang gigih letak topping and deco.
Kalau untuk makan sendiri, letak
blueberry jer kat atas.
Simple & Nice.

Tuesday, August 20, 2013

Walnut Carrot Cake - Kek Karot Walnut

Assalamu'alaikum semua,

Kali ini Shiela mahu berkongsi kek yang seringkali dibuat tidak kira untuk makan sendiri  atau untuk memenuhi tempahan rakan-rakan. 

Yang terbaru Shiela buat malam raya hari tu untuk memenuhi permintaan dari TA yang pernah merasa kek ini sewaktu dibawa ke satu mesyuarat di Ampang empat bulan lepas. 

Cuma tentang dekorasi kek memang Shiela kurang beri perhatian sedikit. Bagi Shiela, asalkan kek sedap setelah dihias dengan topping sedikit sebanyak itu sudah memadai. 

Sebab itu anak-anak pun kurang teruja dengan dekorasi kek yang extravaganza tetapi bila dirasa keknya agak kurang memuaskan dari segi rasa. 

So, pada sesiapa yang rajin mendeko dan dalam masa yang sama mahukan rasa kek yang lazat, maka ini antara pilihannya. Cubalah ya!  



Kek Karot Walnut 

Bahan-bahan :

250 gm tepung gandum             }
1 1/2 tsp baking powder             }
1 1/2 tsp baking soda                 }   diayak bersama
1 tsp garam                                  }
2 tsp serbuk kulit kayu manis    }

375 gm gula halus  (kadang2 guna half brown sugar, kadang2 ALL brown sugar... hasilnya jadi sangat moist tau..! )
4 biji telur
4 cawan karot (di sagat & diperah sedikit airnya)
3/4 cawan walnut (dipotong kecil) (janganlah dimasukkan sebiji2 begitu, takde ummppphhhh... ;))
1 1/2 cawan minyak masak/jagung



Aising untuk topping :

250 gm cream cheese     (saya guna philadelphia...)
1/2 cawan butter               (dikurangkan sedikit)
1 1/2 cawan gula aising  (diayak)

Campurkan kesemua bahan dan dipukul dengan 'mixer' dengan kelajuan sederhana tinggi, cuma janganlah lama sangat ya. Topping ni mesti ada baru tangkap ngam dengan kek karot kita tu.


Cara membuat :
- Pukul telur perlahan-lahan dan masukkan gula. Pukul sehingga kembang.
- Masukkan minyak, karot dan walnut dan dikacau perlahan.
- Akhir sekali, masukkan tepung.
- Bakar pada suhu 165 C sehingga masak (+- 1 jam).




Sesudah masak...



Buat lebih untuk
ibu mertua dan ipar duaiku...



Yang special ni untuk TA.
Dia dah order siap-siap.

Ini gambar lama ni... :)
Hanya nak menunjukkan
keratan rentas kek.
Moist dan lazat gituu...


Kek ini pada pengalaman Shiela paling senang untuk  dibuat dan paling senang nak dapat result yg ' voila ' !!!

(resipi ini Shiela dapat dari seseorang yang berpangkat kakak, Cik Minah namanya dan inilah dia resipi 'berhantu' yang selalu sangat kawan2 rapat Shiela order dulu, kini & selamanya, hehe.  Order dari teman-teman rapat ni kadang memang susah nak menolaknya... *sigh*   ;))



Friday, July 5, 2013

Yoghurt Cupcakes

Assalamu'alaikum semua,

Di sini Shiela nak kongsi satu resipi cupcake yang selalu dibuat tiap kali diminta oleh anak-anak, untuk majlis hari jadi, sebagai buah tangan dan juga untuk merai tetamu. Cupcake ini memang sangat enak dan lemak rasanya, lembut serta gebu teksturnya (sampai setiap kali  orang merasanya mesti minta resipi... hehe)

Dalam membuat cupcake ini, Shiela tidak terlalu memberi penekanan tentang dekonya. Jika diminta oleh rakan-rakan atau pelanggan barulah ada hiasan minimal yang dihias di atasnya. Bukan apa, kebanyakan orang tidak suka makan krim hiasan walau secantik mana pun hiasan tersebut. Cuma kebanyakan, bukan semua (jangan marah Shiela ya... ;). 

Jadi apalagi, kalau nak merasa cupcake enak lembut gebu sampai makan banyak tak ingat berapa ketul dah, salinlah resipi di bawah ini ya ;)


YOGHURT CUPCAKES

Bahan-bahan :
250 gm  butter  (guna salted Anchor butter, lagi sedap)
200 gm  gula halus
5 biji       telur ayam (saiz sederhana, asingkan putih dan kuning telur)

240 gm   tepung naik sendiri 
50 ml      susu segar

7 tbsp     yoghurt (sebaiknya Nestle plain yoghurt)

Putih telur  (dipukul hingga kembang gebu)


Cara membuat :

- Mulakan dengan Bismillah ya...

- Sediakan butter pada suhu bilik. Pukul butter dan gula pada kelajuan tinggi selama 5 minit.

- Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul pada kelajuan sederhana.

- Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang dengan susu dan dipukul dengan kelajuan yang rendah.

- Masukkan yoghurt sedikit demi sedikit sehingga habis juga dengan kelajuan yang rendah.

- Akhir sekali, masukkan putih telur yang telah dipukul kembang. Gunakan senduk kayu dan   dikacau dalam arah yang sama melawan arah jam.

- Skup adunan sebanyak  ¾ paper cup.

- Bakar pada suhu 175°C sehingga masak.


Tengoklah tu... Gebunya!
menggunung naik

Kalau buat cupcake ni memang berbaloi,
seorang makan sampai 5 6 biji...!

Oh! Yang dah masak ini lagi
extra gebu.. huuu, sedapnyer!

Pandanglah lihatlah...
kegebuan saya

Mamma mia!
Time ni kena nyanyi lagu ABBA.. heheh

Merekah-rekah gitu kaannn...


Haa.. yang ini chocolate flavour,
pun sangat sedap!




Maka, harus ingat tip-tip membuat cupcake ini.

- Mesti guna tepung naik sendiri (Shiela dah cuba buat 'tepung naik sendiri' sendiri, tapi hasilnya kureng...!)

- Mesti asingkan putih dan kuning telurnya ya...

- Masukkan 7 sudu besar Nestle plain yoghurt (Shiela dah cuba yoghurt lain, hasilnya tidak segebu yang ini)

- Guna butter Anchor yang salted ya buk...

- Satu tips yang tidak pernah Shiela lupa semasa memasak ialah setiap kali memasukkan sesuatu, amalkanlah membaca selawat ke atas Baginda Rasululullah S.A.W serta beristigfar. SubhanALlah, masakan kita sangat sedap laa... menjadi laa... (bagi lenggok arab sikit) wa laziz jiddan! 

- Selamat mencuba!

Monday, December 19, 2011

American Chocolate Cake...

2 hari lepas memang marathon mem'baking'... Buat banyak2 tu bukan ape, khusus untuk event bertunang anak buah hubby. 4 jenis dessert dalam masa satu setengah hari, pheewww...! Antaranya termasuklah kek ni selain dari puding roti, puding tiramisu dan puding jagung koktel.

Ramai sangat yang suka dengan kek ni, jadinya bila dah rasa terus ada yang order kek hitam legam ni. Alhamdulillah, teksturnya sangat lembut dan moist gitu...  Thanx to Mamasya coz dapat resipi ni dari dapur maya dia.



si Kek Hitam Legam...
cross section tidak dapat
dilaksanakan kerana
ini adalah kek orang order...

BAHAN-BAHAN:

2    cawan tepung serbaguna   }
¾   cawan serbuk koko           }     diayak
2    tsp baking powder            }     bersama
2    tsp baking soda                 }

2    cawan gula halus
2    biji telur
1    cawan minyak jagung
1    tsp perasa vanilla

1    cawan susu segar

½   tsp garam     }      dicampur dengan
1    tsp nescafe   }      1 cawan air panas


Cara-cara membuatnya :

✒ Pukul gula & minyak dalam 2 minit kemudian masukkan telur. Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan bahan yang telah diayak berselang dengan susu dan bancuhan nescafe tadi. (Gunakan kelajuan yang rendah). Kacau sekejap dengan senduk kayu.
Bakar dalam suhu 170℃ selama 45 minit sehingga masak.

Okay, ini pulak resepi topping ganache yang kita selalu guna. Dah lama ambik & guna resipi ni tapi terlupa pulak nak quote dari mana dapatnya.


TOPPING GANACHE

80   gm  susu cair 
250 gm  cooking chocolate (dipotong2 ya...)
50   gm  butter   (dlm 2 sudu besar)


☛  Panaskan susu cair atas api (tak perlu sampai didih pun...). Bila dah hampir2 mendidih masukkan cooking choc & kacau perlahan2. Tutup api & masukkan butter, kacau lagi dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk nanti ianya akan likat.




Friday, November 11, 2011

Tiramisu Cake

Assalamu'alaikum... salam ceria!

Ok kali ni Shiela nak berkongsi satu resipi kek tiramisu yang dah banyak banyak kali Shiela buat... dan memang best sesangatlah kek ni, tak jemu makannya. Anak-anak, kalau ummi depa buat kek ni memang asyik berulang ke fridge ajelah ambik dua tiga scoop/slice sorang sorang. Kejap jer licin. Cubalah buat... orang yang tak pernah buat kek pun memang boleh jadinyelah pakai resipi ni. Cam pro you... hihi

Ok jom kita ke dapur, sediakan bahan-bahannya.....

Bahan untuk Kek Span

Bahan A
6        biji telur
180   gm gula halus
180   gm tepung kek (tepung biasa pun boleh jer...)
2        tsp baking powder
2        tsp ovalette
2        tsp serbuk nescafe  }   campurkan 
25      ml air                         }    bersama

** 40   ml minyak jagung


(tapi shiela selalu buat plain cake jer, tak payah letak nescafe)

☞ Cara membuat :
  • Pukul telur & gula dengan kelajuan tinggi  (dalam 5 minit ok laa...)
  • Lepas tu masukkan semua bahan A yang lain dan putar lagi dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi ringan (dalam 5 minit la jugak)
  • Masukkan minyak jagung dan kacau dengan senduk kayu, kaup balik dua tiga kali ya...
  • Masukkan dalam loyang 9" dan bakar dalam suhu 180°C hingga masak... 
  • Angkat dan sejukkan atas redai kek. Terbalikkan loyang supaya kek nanti tak mendap 

ha camni... sejukkan/terbalikkan dia atas redai kek
(kalau kek chiffon pun buat gini jugak tau) 

Bahan Adunan Cheese

250    ml   whipping cream 
200    gm  cream cheese (philadelphia is the best... takyah mascarpone pun)
½       cawan gula castor
1        cawan air panas   
1        tbsp serbuk nescafe

serbuk koko (untuk hiasan)


☞ Cara membuat :
  • Bancuh air panas dan serbuk nescafe. Ketepikan 
  • Satukan gula dan cream cheese dan pukul hingga kembang dengan kelajuan sederhana. Ketepikan dulu sebentar...
  • Pukul whipping cream hingga kembang (seperti dalam gambar di bawah) 
  • Satukan dalam adunan cheese tadi dan gaul sebati

ni dia whipping cream yang selalu guna
(ada tanda halal lagi you....)

haa... pukul sampai jadik lagu ni yaa... 'stiff' gitu

ok, siap untuk langkah seterusnya...

Cara membuat Kek Tiramisu


  • Potong kek span kepada 2 bahagian
  • Tuang sedikit2 bancuhan nescafe ke atas lapisan kek hingga lembap
  • Sapukan adunan cheese atas kek dan ratakan 
  • Ayak serbuk koko atas cheese yang diratakan tadi (optional: tapi koko tu buat rasa lebih uummphh... ;)
  • Letak lagi satu bahagian kek atas cheese dan tuang bancuhan nescafe yang selebihnya
  • Sapukan adunan cheese dan ratakan 
  • Sapukan lapisan atas sekali dengan whipping cream yang telah dipukul kembang
  • Akhir sekali, ayak serbuk koko di atas sekali sebagai hiasan... khalas!



Gula & cream cheese yang telah
dipukul kembang

adunan cream cheese di atas tadi
setelah dicampur dengan whipping cream

(atau pun boleh buat macam ni)
susun kek span dalam bekas


tuangkan sedikit bancuhan kopi
sehingga melitupi semua kek


sapukan adunan cheese & whipping cream
di atas lapisan kek
dan ayak serbuk koko di atasnya




inilah rupanya setelah di 'scoop'
kali ni buat dalam baking dish camni jer..
(ini masa raye haji hari tu..)
(credit to Uwwn Nasyihin)


(Resipi cheese ni dapat dari inahar's cooking time... tq inahar) 



Tuesday, August 25, 2009

Kek Mentega Kurma...

Assalamu'alaykum.....

hari ni Shiela nak berkongsi resipi 'butter cake' yg dibuat masa puasa ke-3 baru2 ni.... bukan apa, hari tu anak sulung Shiela ada majlis iftar bersama dgn semua pelajar Gontor Malaysia yg lain yg dibuat di Sg. Ramal...

dia ada tanya, "nak bawa apa ye Ummi utk majlis berbuka nanti ?"....
"entah, Ummi pun takde idea la...nak masak apa ya..?"....
"kawan kata suruh Ummi buat kek la, dia kata kek Ummi buat sedap2..."

...... mak aii, terangkat makcik mendengarnyer..... ngeh3.... maklumlah kengkawan anak2 yg kata gitu kan... maka berkobar2 la hati makcik nk menyingsing lengan membuat kek... dlm hati berkata gak, ada ke umat yg nak makan kek masa berbuka nanti... ahh, peduli laa... janji buat, janji bawak...& janji senang...kih kih


Kek Mentega Kurma
Bahan2 :

250 gm mentega (butter)
200 gm gula halus
5 biji telur  (asingkan kuning & putih telur)
50 ml susu segar

240 gm tepung gandum } di ayak
1 sudu teh baking powder } bersama

200 gm kurma
 (dipotong kecil2... nak letak lebih kurma lebih lagi pun boleh. Kalau tak nak manis sangat kurangkan gula ya puan2)

** Pukul putih telur hingga kembang semangkuk... ;)
** Gaulkan kurma dengan tepung gandum terlebih dahulu... 


Cara membuatnya :
- Pukul mentega dan gula hingga kembang....
- Masukkan telur kuning satu persatu, pukul dan masukkan susu segar
- Akhir sekali, masukkan kurma dan tepung serta putih telur yang telah dipukul tadi....
- dah siap... boleh bakar dlm oven pd suhu 175C selama 50~60 minit


** dek kerana tak nak bg nampak gersang jer atas kek tuh, Shiela 'topping' kan dia dgn 'cheese topping' yg memang dh ada dlm fridge tuu.... maka membawa la depa tiga beranak pegi majlis iftar tu dgn membawa kek mentega kurma tajaan Ummi.... jeng jeng jeng... jgn kemana2... ada sambungan cerita nii... ;)

** maka balik la depa dgn berlenggang kangkong.......
"kitorg gi terawih kat masjid Uniten tadi mi...ummi, ummi nak tau kek ummi buat tadi liciiiinnnn"....
"hmmm, ye ke... ada gak org makan kek ummi ekk...."

"apa tidaknyer, kawan abah tu dok beratur panjang nak ngambik nasi...kebetulan depan dia tu kek ummi, kitorg tgk satu... satu.... dia ambik makan...."
pastu abah tanya dia, "Ko tau ke sapa yg buat kek ni... Ummi Rushdan la yg buat nii..."
"O ya ka, buleh order laa..." kata kwn abah tu...sambil makan dan makan lagi.... sampai separuh kek tu abih kat dia...."huh..berbaloi & alhamdulillah" (dalam hati i ler ;)...

Thursday, June 4, 2009

Baulu Minyak


Bahan-bahan :
1 cawan gula } dijadikan gula perang/hangus
1 cawan air }

1 cawan - gula pasir
6 biji - telur
2 cawan - tepung gandum
1 sudu kecil - soda bikarbonat
1 cawan - minyak


Cara membuat :
- Pukul telur dan gula (hi speed) selama 10 minit.
- Kemudian, turunkan kelajuan, masukkan yg selebihnya.
- Masukkan dalam acuan muffin yg dileser minyak terlebih dahulu (tak perlu guna paper cup)
- Bakar pada suhu 160C selama 30-45 min (bergantung pd saiz acuan tersebut)
- Selamat Mencuba !! (senang banget......;)