Monday, December 19, 2011

American Chocolate Cake...

2 hari lepas memang marathon mem'baking'... Buat banyak2 tu bukan ape, khusus untuk event bertunang anak buah hubby. 4 jenis dessert dalam masa satu setengah hari, pheewww...! Antaranya termasuklah kek ni selain dari puding roti, puding tiramisu dan puding jagung koktel.

Ramai sangat yang suka dengan kek ni, jadinya bila dah rasa terus ada yang order kek hitam legam ni. Alhamdulillah, teksturnya sangat lembut dan moist gitu...  Thanx to Mamasya coz dapat resipi ni dari dapur maya dia.



si Kek Hitam Legam...
cross section tidak dapat
dilaksanakan kerana
ini adalah kek orang order...

BAHAN-BAHAN:

2    cawan tepung serbaguna   }
¾   cawan serbuk koko           }     diayak
2    tsp baking powder            }     bersama
2    tsp baking soda                 }

2    cawan gula halus
2    biji telur
1    cawan minyak jagung
1    tsp perasa vanilla

1    cawan susu segar

½   tsp garam     }      dicampur dengan
1    tsp nescafe   }      1 cawan air panas


Cara-cara membuatnya :

✒ Pukul gula & minyak dalam 2 minit kemudian masukkan telur. Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan bahan yang telah diayak berselang dengan susu dan bancuhan nescafe tadi. (Gunakan kelajuan yang rendah). Kacau sekejap dengan senduk kayu.
Bakar dalam suhu 170℃ selama 45 minit sehingga masak.

Okay, ini pulak resepi topping ganache yang kita selalu guna. Dah lama ambik & guna resipi ni tapi terlupa pulak nak quote dari mana dapatnya.


TOPPING GANACHE

80   gm  susu cair 
250 gm  cooking chocolate (dipotong2 ya...)
50   gm  butter   (dlm 2 sudu besar)


☛  Panaskan susu cair atas api (tak perlu sampai didih pun...). Bila dah hampir2 mendidih masukkan cooking choc & kacau perlahan2. Tutup api & masukkan butter, kacau lagi dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk nanti ianya akan likat.




No comments: