Saturday, April 20, 2013

Nasi Arab Maqlubah

Assalamu'alaikum semua, 

Resipi Nasi Arab Maqlubah special yummy yummy dan teramat senang dibuat ni Shiela dapat dari guru bahasa arab yang berasal dari Jordan, Ustaz 'Alaa' namanya. Beliau guru bahasa arab Shiela tahun lepas di ARC BBBangi. 

Resipi ni memang dah banyak kali Shiela buat & dah jadi menu wajib kat rumah ni seminggu sekali paling tidak mesti ada. Kalau tak, mengidam lah encik suamiku tu, hehhe...

Ni pun dah lama sebenarnya bertangguh-tangguh nak buat entri tentang ni sampailah Cikpuan Yana isteri Tuan Nik Mazli called Shiela pagi tadi nakkan resipi ni jam-jam tu jugak sebab nak mempersembahkan pada kaum kerabat keluarga dia (malam ni kot..). Ok Cikpuan Yana, ini dia resipi itu. Dah masak tu roger Shiela ya, eheh...

Nasi arab ni rasanya lebih kurang sama je dengan nasi kabsah di Saba' tu. Dari pengalaman Shiela sendiri, masak dengan daging kambing jauh lebih lazat dari guna daging ayam. Maka silalah beli daging kambing buat stok banyak-banyak di rumah yer, macam yang Shiela buat. Anytime boleh kenduri gituuu....;)

Jadi, apa lagi jom bercantik-cantik dan masuk dapur. Duduk rumah pun harus sentiasa cantik ya! 



NASI ARAB MAQLUBAH

Bahan-bahan untuk nasi :

1 kg -               daging kambing   (direbus biasa dengan sedikit air guna 'pressure cooker')
4-5 batang -   cili hijau   (dipotong tidak terlalu nipis)
1-2 paket -      rempah beriani Maggi   (ada gambar bawah ni nanti, jangan gelabah!)
2 cawan -       beras basmathi (selalu guna yang Moghul Faiza Basmathi, basuh dan rendam      dalam 15 minit sebelum dimasak)

2 biji kentang -  dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
2 biji terung  - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
Sedikit bunga kobis - dipotong dan digoreng *(optional)


Cara-cara memasak :

-  Masukkan air sehingga melepasi lebih kurang 1 inci dari paras daging kambing yang telah direbus empuk dalam periuk tadi
-  Masukkan 1-2 paket rempah beriani Maggi, dikacau & masukkan cili hijau yang dah dipotong tadi
- Masukkan garam secukup rasa dan rasa. Masa ni pun dah terbau dan terasa kelazatannya.... oh!
- Sediakan periuk nasi dan susun daging kambing paling bawah sekali beserta kentang, terung & bunga kobis (Shiela jarang letak sayuran ni semua sebab nanti nasi akan jadi sangat berminyak, tu yang tulis optional tu...) 
-  Masukkan beras dan  4 cawan air rebusan tadi & ready to cook!
-  Setelah masak, telangkupkan periuk dalam pinggan atau dulang besar & ready to eat! (Maksud maqlubah itu sendiri ialah 'upside down' maka haruslah menelangkupkannya!)



Masukkan rempah
beriani dalam air
rebusan kambing

Rempah nasi goreng
beriani ala warung
Tos dulu sebelum
disusun didasar
periuk 
Masukkan cili hijau
& garam 

Masukkan beras &
air rebusan

Susun di dasar
periuk
Kalau ada lebihan
kambing tu letak
jer atas beras tu
Sedia dimasak


Owh! Baunya
menusuk
kalbu...
Taraa.. Dah 
masak pun

Bahan untuk sambal :

5 batang -   cili padi
2 batang -   cili merah 
2 batang -   cili hijau
4 biji        -   tomato 
Sedikit cuka 
Garam & gula - secukup rasa

>> Di kisar kesemuanya hingga hancur & ready to eat! 

Sambal ni
satu kemestian..
lagi terangkat2
pinggan tu utk
tambah nasi ;)

Bahan untuk salad :

Mentimun }
Carrot        }     dipotong dadu
Tomato     }

Bawang besar  }
Cili hijau            }   dipotong kecil
Cili merah          }

Sedikit minyak zaitun. 
>> Campurkan kesemua bahan di atas dengan minyak zaitun & ready to eat!


Beberapa batang cili hijau - sebagai ulaman dan dimakan mentah


Salad... gambar ehsan
dari pakcik google


Lamb New Zealand ni beli di
Taman Sepakat Indah Kajang 
dekat dengan 
SS7 BBBangi ,
tempat ramai 
pak-pak arab di sana 



Haaa... inilah berasnya



Periuk memasak nasi, Tefal gitu.
Dapat free jer ni coz redeem
guna treatspoint. Yang bestnya,
nasi tak melekat di dasar
periuk... yeay!


Jom sama-sama nikmati...
Nasi Arab Maqluba
kegemaran seisi keluarga! Ewwaahhhh...


SELAMAT MENCUBA!

Kalau dah cuba tu, sila komen kat entri ni tau, bye...! :)



Tip-tip memasak Nasi Arab Maqlubah :

- Sangat sedap dimakan dengan daging kambing berbanding ayam. 

- Daging kambing New Zealand lebih sedap dari kambing Australia.

- Lebih ada ummphh! menggunakan beras basmathi

- Sukatan beras : air adalah (1:2)

- Pastikan ada sambalnya, itulah penyedap rasa penambah selera 


35 comments:

Anonymous said...

Kebanyakkan resepi nasi Maqlubah ni menggunakan banyak rempah ratus, tapi versi ini mudah untuk dicuba. Terima kasih Puan Shiela : )

Shiela Ismail said...
This comment has been removed by the author.
[CikguQiqin] said...

Assalamualaikum.kak shiela..thanx ya kongsikan resepi ni.sebelum ni pernah cuba resepi nasi arab guna ayam je.nk try yg kak shiela ni la.hehe..yg ni utk berapa org makan?

Shiela Ismail said...

Sama-sama Cikpuan Anonymous. Sudi-sudikanlah mencubanya ya ;)

Shiela Ismail said...

Wa'alaikumussalam,

Sama-sama Cik Qiqin yang manis. Cuba masak dengan daging kambing pula ya, sangat sedap. Resipi ini boleh untuk 6-7 orang makan, In Syaa Allah. Selamat mencuba!

Unknown said...

Terima kasihla atas resepi ini. Saya dah try....sedap....

Shiela Ismail said...

Alhamdulillah wa jazakallah Tuan Hanizan. Semoga berpuas hati!

Anonymous said...

assalam.. saya tak jumpe cari perencah nasi goreng beriani tu.. tp sy nak guna perencah nasi beriyani maggi boleh juga ke? ke lain rasanya nanti?

Shiela Ismail said...

Assalamu'alaikum Cikpuan Anonymous,

Boleh, cuba saja perencah nasi beriani Maggi tu. Saya pun pernah mencubanya dan boleh tahan juga sedapnya. Cuma dalam masa yang sama, cuba cari perencah yang saya tunjukkan dalam gambar itu ya. Semoga ketemu!

Unknown said...

nampak senang dan menyelerakan...saya nak cuba petang ni utk berbuka puasa...thanks akak!

Shiela Ismail said...

Sama-sama :)

Ya, sememangnya ia senang dan menyelerakan, Cikpuan Lina Ayie. Sudah cuba? Bagaimana hasilnya? Semoga berpuashati!

zedah89 said...

Salam... nak tnye kat mne yer awk beli perencah briyani ala warung neh.... saye pegi bnyk kdai tp xjmpe pun...hehe thanks..

Unknown said...

salam teringin sgt nak buat resipi ni, sy baru beli elektrik pressure cooker philips, boleh ke nak masak nasi arab ni dlm tu.. sukatan air xtau nak masuk brape dlm pressure cooker ni..huhu

Shiela Ismail said...

Zedah89 : Saya membelinya di pasaraya besar cuma sekarang memang agak sukar mendapatkannya. Boleh juga menggantinya dengan 7 Mixed Spices yang boleh dibeli di mana-mana kedai runcit arab.

Afkar Nor : Saya cuma merebus daging kambing sahaja dalam pressure cooker itu Cikpuan Afkar Nor. Manakala nasi boleh dimasak di dalam rice cooker biasa. Jadi, saya juga tidak tahu sukatan air yang tepat sekiranya mahu memasak nasi didalam pressure cooker.

Yati Abdullah said...

Kak shiela,

1) boleh tak bagi nama kedai daging yang jual daging kambing yang akak beli tu?
2) berapa lama nak masak daging kambing tu dalam pressure cooker?
3) tak jumpa la perencah nasi goring beriani tu, jumpa perencah nasi beriani Maggie je boleh ke?

Shiela Ismail said...

Assalamu'alaikum Cikpuan Yati,

1. Kedai itu tidak bernama, cuma yang saya ingat ianya kedai no 2 dari hujung dan terletak di antara kedai dobi & restoran.

2. Masak kambing tersebut dalam 15 - 20 minit ya guna pressure cooker

3. Memang agak susah nak jumpa perencah itu sekarang. Cuma ada jugalah kedai2 runcit terpilih yang ada menjual rencah nasi beriani goreng ni. Yang pasti di pasaraya pun dah tak ada jual sekarang. Guna perencah nasi beriani Maggi pun boleh cuma kurang ummpphh!


Selamat mencuba ya...!

Dalilayusf said...

melelh air liur tengok..saya masak jugak tapi tak la mampu nak masak cam resepi ni , tapi saya pki pes segera nasi arab jenama al-bayt..seng siap ngan beras basmathy dan rempah sekali, alhamdullilah suami suka itu yang penting... jemput singgah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html

Shiela Ismail said...

Betul tu Cikpuan Dalila Yusof, yang penting suami dan anak-anak suka... :)

Fauziah said...

Kedai runcit arab sebelah mamak aasiya agaknya yang jual frozen lamb tu kan. Nasi arab kat kedai hujung tu pun sedap juga cuma ada kabsah dan mendy jer. Maqlubah xde. Minggu sudah hb saya masak maqlubah jgk tp x guna rempah briyani. Kalau tak silap guna rempah kabsah. Boleh beli kat kedai taghzia sederet situ jugak. Nasi arab pekena sekali sekala ok laa. Alamat utk memdapatkan bahan nasi arab nih boleh ke taman sepakat indah 2, kajang.
Tq yaa share resipi nih. Boleh cuba lepas ni.

Nurul Aini Ismail said...

Salam Sis..resepi yg sgt superbb,tq,sy dah cuba banyak kali,mmg senang and sedap mcm nasi arab kt kedai..hehe..tp perencah tu mmg susah nk cari sekanrang,sy tukar kpd perencah nasi beriani brahims,rasanya tak jauh beza sedap jgk.

Irfanayla said...

salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

Unknown said...

Salam cik sheila saya nk konpem yg aek rebus daging selama 15min sahaja dlm pressure cooker?brand apa cooker awak tu?saya bru nk try pakai pressure cooker buat pertama kali takot daging tk empuk aje.ehhehe.pakai high heat ke apa ye?tolobg jelaskan tima kaseh😀😀

Unknown said...

assalam...sy dh cuba, sedap sgt. ni nk bt lg 1x utk berbuka posa dgn family. tq

Shiela Ismail said...

Assalamu'alaikum,

Cikpuan Sharifah Aidah : Rebus daging kambing itu sehingga masak mungkin antara 30 - 40 minit bergantung kepada pressure cooker (tiada dinyatakan dalam resipi 15 min tersebut). InSyaaALlah, dua tiga kali cuba akan bertambah baik dan akan menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Selamat mencuba. :)

Cikpuan Noorhidayati : Alhamdulillah! Saya tumpang seronok dan gembira. Cubalah selalu ya... :)

Unknown said...

As salam shiela..akk nak tanya ape beza antara nasi arab ni....nasi kabsa..nasi mandy dn nasi mughluba...

Unknown said...

As salam shiela..akk nak tanya ape beza antara nasi arab ni....nasi kabsa..nasi mandy dn nasi mughluba...

Shiela Ismail said...

Wa'alaikumussalam Cikpuan Syah Rozimah.

Nasi Kabsah dan Nasi Mandy memang ada rempah tersendiri. Cuma Nasi Maqlubah ni rasanya sedikit 'light' berbanding dengan Nasi Kabsah.

Reena said...

daging kambing tu berbau x kak?saya alergi bau kambing..tp suke mkn klu xberbau

Unknown said...

Good Information Thanks :)Pakistani chat room

Unknown said...

Nanti sy cuba

khairulnaim said...

sis selain rempah ns grg beriani maggi n rempah beriani maggi..ad lg x suggestion rempah yg leh gune utk msk ns ni

Shiela Ismail said...

Tak ada baunya puan. Sangat sedap

Shiela Ismail said...


Thank you dear.
Welcome...

Shiela Ismail said...

Ada. Tuan boleh cuba rempah beriani jenama Shan. Banyak dijual di Aeon. Insya-Allah

Nur haura afeeya said...

▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.

Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
-------------------------------

▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.

▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.

Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
-------------------------------

▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.

Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
------------------------------

▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
------------------------------
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570