Friday, July 10, 2009

Simple Choc Cupcakes


Bahan A
2 cawan tepung serbaguna
1 cawan serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonat
3 tsp serbuk instant nescafe
secubit garam halus


Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung/sayur
1 cawan susu cair (atau susu segar..tapi Shiela bancuh sendiri guna susu tepung)
3 biji telor


Bahan C
3/4 cawan air panas

** (Shiela tambah kismis dalam adunan (sbb kebetulan ada, so ada rasa manis2 buah..) dan kepingan almond sbg hiasan diatas)


Cara membuat :
-Campurkan kesemua bahan A yang telah diayak..
-Dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan B & pukul sebati..
-Putar bahan A perlahan2 sambil masukkan bahan B sedikit2...Lajukan putaran hingga semua sebati dan sedikit kembang..
-Tuang air panas & putar lagi hingga sebati
-Isikan 3/4 adunan dalam 'paper cups'...
-Bakar pada suhu 175 C selama 20-25 minit..Jika bakar utk sebiji kek, guna suhu 160 C
**(Got this recipe from homesweethome...a credit to Ummizaihadi)

Pastry Choux / Cream Puff


selepas dibakar... voila!!
I love this recipe very-very mucho...


Sebelum dibakar

Bahan-bahan
1/2 liter air sejuk
200gm mentega/butter
1 sudu teh gula halus

250 gm tepung gandum
secubit garam (diayak bersama tpg)
6 biji telur


Cara membuat:
- Air, mentega dan gula ~ dimasak hingga mendidih
- Kecilkan api, masukkan tepung.
- Kacau dengan senduk kayu hingga adunan tidak melekat di periuk
- Sejukkan adunan selama 15 minit
- Masukkan telur satu persatu, pukul sampai sebati & sehingga adunan kelihatan agak berkilat
- Terapkan di atas dulang pembakar & bakar dalam oven (180C) sehingga masak
- Setelah sejuk, potong ditengah dan masukkan intinya...& dah boleh ngappppp....


** ehh...ehhh....lupa lak nak bagi resipi inti di tengahnya...hehe....

Boleh gunakan instant custard mix yang dicampur dgn air masak. Kacau sehingga semuanya sebati dan nak tau apa yang lagi best...? Shiela campur dgn cheese mixture (topping untuk carrot cake). Boleh refer di resipi carrot cake ya.. Woww, campuran filling ini memang buat kita terangkat. Cubalah yer!