Thursday, May 28, 2009

Resipi 'Lamb de Puree'... yang mengancam jiwa



Haaa... ini satu lagi resipi kegemaran seisi keluarga Shiela Ramai juga kawan-kawan Shiela yang minta resipi ini. Maklumlah menjilat jari hingga ke siku gitu. Setiap kali kalau ada usrah atau diskusi di rumah, mesti hubby minta masakkan menu ini sebab senang dan ringkas dan kerana ianya sudah pasti sedap. Makan dicicah dengan roti Gardenia ke, roti Nan ke, roti Prata ke, memang mengancam gitu... Nanti cuba ya! 




memang sedap makan dengan roti ni



Bahan-bahannya :

1 kg daging kambing
(potong kecil dan direbus dalam pressure cooker)



Daging kambing yang telah direbus empuk


5 ulas bwg merah}
3 ulas bwg putih }
1 biji cili merah } dikisar halus
1 biji tomato }
sedikit lengkuas }

5 sudu besar tomato puri
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa

½ biji bawang besar (dipotong biasa)
½ biji lada benggala hijau sederhana besar (dipotong dadu)
½ biji lada benggala merah sederhana besar (dipotong dadu)
1   biji tomato sederhana besar (dipotong dadu - untuk memekatkan kuah)

sedikit lada hitam (optional)
sedikit oregano (optional) (kalau letak, lagi mengancam)

1 cawan air

3 batang serai (dititik)
bbrp helai daun limau purut


Cara-cara membuatnya :

- Tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serai dan daun limau purut. Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga agak kering

- Masukkan tomato puri dan sos cili, sos tiram dan lain-lain...

- Kemudian, masukkan daging kambing bersama air rebusannya. Masak sehingga agak pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

- Akhir sekali, masukkan bawang besar, lada benggala dan tomato yang telah dipotong dadu tadi. Kacau rata dan biarkan atas api sederhana hingga kuah menjadi agak pekat dan akhir sekali masukkan oregano... dan siap!

- Sedap di makan bersama roti dan roti dan roti... nasi pun ok!



Tumis bahan kisar sehingga naik bau

Tumis hingga agak2 kering

Masukkan tomato puri 

Masukkan juga serai, daun limau
purut dan kacau rata

Masukkan kambing yang telah
direbus tadi

Masukkan tomato yang dipotong dadu
& lada benggala tadi 

Masukkan juga 1 cawan air

Kacau kacau... kacau lagi
Masukkan garam dan gula
secukupnya dan akhir sekali
masukkan oregano
Dah siap! Oh baunya, bergetar jiwa.....


** This is my very own "campak-campak" recipe
** In BBBangi, I used to buy the lamb meat at Madam Butcher (in the same row with Hajaba). Just ask them to have the lamb cut into small pieces.

(Hullo frenz!! This dish is the one that I always bring to our usual "getaway" port at Sri ABIM and someone did ask for the recipe. So, here it is. Have a try, ok. Do tell me what is the outcome.... hihi ;)



Monday, May 25, 2009

Aiskrim Magnolia

1 tin susu cair
10 sudu teh susu tepung
10 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung kastad
1 tin susu air panas suam
sedikit esen ros & durian


Cara :

-Susu cair disejukkan dahulu. Pukul susu cair sampai naik putih

-Campur bahan2 : tpg susu, gula, kastad & gaul rata serta campurkan air panas suam ke dalam adunan tadi. Kemudian jerang hingga menggelegak. Semasa dijerang hendaklah dikacau.

-Selepas menggelegak, angkat dan kacau hingga sejuk sedikit.

-Kemudian, pukul lagi & campurkan dgn esen dan warnakan ikut suka.

-Tabur dengan kacang tumbuk & simpan dlm freezer.......


** My eldest bro had tried this recipe long ago and from then, he keeps preparing it again and again for all of us b4 pursued his studies in US....believe me, it was so yummy yummy...tastier than the one u always had, better than any brand u always see...ngeeee....and on top of that, healthier coz no preservative at all.....voila!!